CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 21, 2011

.......


.......

Mungkin sudah tertulis rezekiku disana, relakan sahaja pemergianku ini. Tak usah dihalang, berikan sahaja peluang untuk aku berdikari untuk yang ke sekian kali. 

......


Sunday, October 16, 2011

Bahasa budak zaman sekarang

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Bertemu lagi di hari ahad yang tenang ini. Hari ni entah macam mana terajin pulak nak update blog. Ini semua lepas baca status dekat facebook dengan ayat yang susah nak difahami. Bukankah mudah kalau guna saja bahasa yang mudah untuk difahami? Kadang-kadang aku tertanya-tanya macam mana dengan ayat yang mereka gunakan bila mereka buat karangan bahasa melayu. Adakah masih terbawa-bawa pelatnya sampai ke karangan bahasa melayu mereka? Meh-meh aku bagi korang semua contoh-contoh ayat menggedik dorang ni 

- qwqk tgh uqt pew tue
- itew windu yeye
- dq mqmqn kew blom 
- apew seyh ckp cmtuw

Yang dekat atas ni salah satu contohnya lah. Yang aku tak berapa nak paham kan, kenapa lah dorg ni gatal-gatal tangan nak tukar huruf A kepada huruf Q ? Contoh macam ayat nombor 1 tu. What the tutt. Kadang-kadang aku malu tangok penulisan dorang ni. Kenapa mesti nak ubah penulisan yang normal kepada penulisan yang ala-ala gedik santai tu. Akhir kata dari aku, kalau bukan kita yang akan kekalkan penulisan bahasa melayu kita yang indah ni. Siapa lagi? Jadik berhentilah dengan hupdate status, komen status, IM, chat, mesej dengan penulisan gedik-gedik santai ni. Akak meluat nokk. kBye.. 

Friday, October 14, 2011

Hello Blogger :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
 Ehhh macam kenal je trademark tu. Ye ye i'm back uollss. Oh ada yang kesah ke tentang kehilangan dan kepulangan saya ni? Ahh aku pedulik apa, aku nak taip jugak. Akhirnya aku kembaliiiiiiii yeahhhh. Kan aku dah cakap aku berehat untuk seketika bukan selamanya. Maaf la yek buat anda-anda semua tertunggu-tunggu kehadiran aku. Erkss ada ke? Ahh lantak la. Untuk hari ini takda apa yang nak disharekan. Aku cuma tergerak nak taip bila aku tersedar yang aku kembali berkawan baik dengan Insomnia. Yeahhh seronoknyaaaa 
-________- 
 Sumpah tak seronok. Bila kembali bercinta dengan insomnia mula lah bangun lewat, bila bangun lewat mula la ayah dengan mak aku marah, bila dah kena marah, mula la mereka suruh aku cari keja dengan secepat mungkin. Haiyooooo.. mana mau carik itu keleja? Anyone ada yang baik hati nak bagi aku keja tak? Jika ada sila e-mail saya k. Oh itu joke saja. Kbye. 

p/s : takde pesanan apa-apa :)

Thursday, September 29, 2011

Goodbye Blogger For While

Ehem.. ehem.. testing.. testing.. 1 2 3.. 
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Disini saya NurAishah binti Zainal ingin membuat 1 pengumuman yang saya akan 


atau dalam bahasa melayunya saya akan berhenti berblogging untuk seketika waktu. Keputusan ini dibuat kerana saya sedang sibuk dengan dunia baru selepas tamat belajar. Harap maklum :)

Wednesday, September 21, 2011

SELAMAT TINGGAL DUNIA KOLEJ

Tanggal 19/09/2011 jam 2 petang aku dengan secara rasminya telah meninggalkan dunia kolejku. Bila ditanya tentang perasaanku, sudah semestinya aku akan menjawab yang aku sedih. Sedih kerana terpaksa meninggalkan dunia kolej serta sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan serumah serta rakan sekelas. Semoga kita semua beroleh kejayaan. Amin

Hey i just remember when we meet Mr.Jo, and he said  "good luck to you and i don't want to see you come this college for resit paper". 


p/s : i will not come back to college for resit paper sir. :)

Saturday, September 10, 2011

hello world !

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia. Pheww lama gila tak update blog. Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiti Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Da masuk minggu ke3 raya baru aku sibuk nak wish yek. Takpe la raya kan sebulan. Aku pun tak tau nak share cerita apa dengan anda-anda semua memang dah takde cerita dah ni. Lagipun sekarang tengah sibuk buat last minit punya preparation untuk final exam. Wish me luck ya. And a bit sedih sebab aku akan berpisah dengan housemate serta kawan-kawan kolej. Apa yang aku boleh cakap sekarang ni. Well hello JB, gudbye KUALA LUMPUR. Pheww hampir 3 tahun dekat sini rasa macam tak sedia lagi nak tinggalkan kota metropolitan ni, chewahh ayat aku hahahaha. Erkss rasanya dah takde apa nak diupdate kot. After final exam i will back with u blogger. :)

p/s : saya akan kembali normal lepas ni yeaahhh

Friday, August 26, 2011

TERIMA KASIH :)

ALLAH selamatkan kamu, ALLAH selamatkan kamu, ALLAH selamatkan NurAishah Zainal, ALLAH selamatkan kamu. :)

Alhamdullilah, tuhan masih memberikan aku peluang untuk bernafas diatas bumi ini. Hari ini 26 Ogos bersamaan 26 Ramadhan aku sudah berusia 20 tahun. Terima kasih tuhan, terima kasih untuk peluang yang telah kau berikan kepada hambamu ini. 


"Since today is the day you were born, it is truly precious day.
Thank you for being born"
 :')



p/s : may ALLAH bless me :)

Sunday, August 14, 2011

Bila salah pilih bidang..

Assalam, dan salam 1 Malaysia bertemu lagi dipetang yang bahagia dan sejuk ni. Ehem ehem tajuk atas tu macam poyo kan. Yeahh tersangat poyo. Korang pernah terfikir tak apa yang akan jadi pada korang kalau korang tersalah ambil bidang pengajian korang?? Inilah yang dah terjadi pada diri aku. Aku tau aku memang tak patut ambil bidang ni, tapi aku terpaksa jugak ambil atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Oklah terus terang aku cakap aku mulanya pelajar dari jurusan grafik design tapi aku terpaksa keluar bidang tu sebab tak dapat sokongan moral dari lecturer aku. Damn! lecturer aku semuanya pandang serong pada pelajar melayu. Dahlah pelajar melayu dalam kelas tu cuma ada 6 orang je, dan semuanya perempuan. Kira dalam kelas aku tu majority pelajarnya cina. Erm kalau dah namanya cina tu korang paham-paham la kan. Ok lah aku bukan la seorang yang memilih kaum untuk berkawan, aku memang dah biasa berkawan dengan bangsa lain masa aku sekolah dulu, tapi bila aku masuk zaman kolej aku tak jumpa bangsa lain yang boleh terima bangsa melayu dalam kelompok pergaulan diorang. Aku tak cakap semua, aku cakap sebahagian daripada mereka. Aku ni jenis yang peramah, bila aku tengok class mate aku yang gila belagak dan jenis yang tak boleh kongsi idea, aku rasa aku memang tak boleh bertahan dalam bidang tu bersama-sama mereka. Dan akhirnya aku terpaksa jugak buat keputusan yang amat memeritkan aku, keputusan tu adalah aku terpaksa tinggalkan bidang yang aku minat dan ambil bidang yang bagi aku bosan gila. Aku ambil bidang Security Management. Yeah korang jangan ingat aku akan jadik mak guard yek, even aku sendiri tak tau nak rungkaikan apa itu security management dan apa bidang kerja aku. Buntu kot sebab aku dah semester akhir yang akan tamat pengajian pertengahan bulan 9 ni. Sebab tu setiap pandangan aku tidak akan digunapakai sebab kurangnya keyakinan diorang dengan kebolehan aku. Aku tak salahkan diorang sebab ni semua berpunca dari sikap aku yang memang tak akan bagi tumpuan pada subjek yang lecturer aku mengajar kat depan. Kalau paper kantoi tu jangan cakap la, setiap kali exam mesti ada 1 paper kantoi see teruknya aku. Sekarang ni aku masih tertanya-tanya adakah aku mampu teruskan bidang kerja aku dengan berbekalkan ilmu yang masih tak cukup ni? Adakah aku dah hampakan ayah dengan mak bila aku tak mampu nak teruskan apa yang aku mulakan ni.



p/s : .........................................................................

Friday, August 12, 2011

Kehilangan

SubhanALLAH aku rindu kau zaty, masa-masa macam ni lah aku perlukan kau sebagai pemberi semangat aku. Aku terlalu rindukan setiap pelukan kau bila aku ada masalah zaty, kenapa terlalu awal kau tinggalkan aku zaty? Cuma kau je yang memahami aku, kau akan jadi orang pertama yang akan sandarkan bahu kau bila aku perlukan seseorang untuk dengar semua masalah aku. Tapi sekarang ni, aku takde tempat nak buat semua tu zaty. Ty, semoga kau tenang disana Al-Fatihah~~


IZZATI TADZA :'(

ya Allah kau kuatkan lah hatiku untuk menerima dugaan yang semakin hari semakin menguji kesabaran aku, semoga aku sabar dengan semua dugaan ini :(


p/s : semoga aku hadapinya dengan senyuman :)


Sunday, August 7, 2011

PERHATIAN :

Blog bersarang disebabkan sedikit sibuk dengan assignment dan preparation for final semester exam :)



PREPARING FOR

akan kembali aktif setelah berjaya menghantar kesemua assignment :)

p/s : lepas habis study ni dapat keja kat 7E pun jadik la, asalkan dapat keja sementara nak dapat diploma :)

Sunday, July 10, 2011

Setahun sudah kau tinggal kan kami



arwah zati, aku & pizza


Genap setahun pemergian arwah, masih terkenang gelak tawanya, semoga arwah tenang dan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman Al-Fatihah ~

DIA DAH TINGGAL KAN KITA BUAT SELAMA2 NYA (RE-PUBLISH)

Jam 10.45 pg aku terima panggilan drpd kak ju, aku tertanya2 kenapa kak ju nangis? aku da dapat tangkap apa yang kak ju nak bagitau.." aishah.. zati da xde.. tolong bgtau kat sume " YA ALLAH, akhir nya kau cabut juga nyawa dia, lebih baik dia pergi drpd dia terseksa dgn mesin2 dan wayar2 yang ada di badan dia.. sebelum 2 mas ada call semalam dia suruh aku g jumpa emy n eyra, supaya maafkan kesilapan zati.. muka emy serba salah masa aku n as jumpa dia.. lepas 2 emy cakap "aku da maafkan dia" tenang nya hati aku bila emy ckp cam2..
---------------------------------------------------------------------------------------

izzati... pergi la kau dengan tenang, sedih?? yup zati aku mmg sedih... sedih sebab aku da kehilangan kawan yang baik macam kau zati..

---------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, June 29, 2011

Ouh sakitnya hati aku -__-

OOOEMJAYY!!

annoying gila kau

Cuma ayat ni jek yang aku boleh bagi dekat kau. Sebab kau sangat-sangat menyakitkan hati aku sayang. 
Semua benda tak nak kalah.

Haizzz

Ambek la kau sana. Kau menang, tak rugi apa-apa pun kalau mengalah dengan orang yang macam kau. 


p/s : muka cun / macho sekalipun, tapi keja asek nak sakitkan hati orang jek, baik takpayah okay :)

Thursday, June 23, 2011

Bila perempuan .............


Haishh.. susah jugak kan kalau perempuan tak tau nak buat kerja lelaki contohnya macam gambar bawah ni.

tadaaaaaa


beria gila kakjue cek keta.
padahal bateri je pun yang menjadi punca nya. hahahaha

gaya-gaya mekanik versi perempuan cun wooo :)


yeahhh kereta rosak :) .
syok gila kan kereta tak boleh hidup masa rushing nak pegi kelas. Keadaan bertambah kalut bila yang kat dalam keta tu semua nya perempuan. Masakk...

Pengajaran yang kami dapat selepas terjadinya peristiwa ini ialah, selalu-selalu lah buat pemeriksaan terhadap bateri. kang tak pasal-pasal kena tolak keta kat tengah jalan. :)

p/s : terima kasih kepada penyelamat-penyelamat kami, kerana anda la kami dapat gi kelas semalam ahahha

Thursday, June 16, 2011

Kalau itu suratannya..

Baru-baru ni aku ada ditanyakan satu soalan daripada kawan baik aku. dia tanya ni


"babe, apa perasaan kau kalau orang yang lama kau tunggu tu tiba-tiba in a relationship dengan orang lain, dan orang tu salah seorang kawan kau jugak??". 

Babe, ini jawapan aku untuk soalan kau tu

First sekali kalau benda tu terjadik aku akan LIKE relationship dorang tu. tujuan aku buat macam tu supaya dia tau yang aku sedar akan relationship dia tu.

then aku akan cuba sedaya upaya lupakan dia, aku kena sedar yang dia da pun buat pilihan. 

aku tau benda tu menyakitkan aku, tapi kesakitan aku akan pulih bila tengok orang yang aku sayang bahagia dengan pilihan dia. 

Apa-apa pun kehidupan perlu di teruskan, aku redha kalau ini semua terjadik walaupun aku dah tunggu dia selama 2 tahun :)

p/s : untuk berapa ribu kalinya harus aku nyatakan yang aku sayang kan kau ??

Sunday, June 5, 2011

Kasut oh kasut..


Aku memang saja je upload gambar kasut ni besar-besar, biar semua orang tahu betapa sengsara nya aku guna kasut ni sepanjang tawaf dekat TS. See senonoh gila kan aku sebab biarkan orang tengok aku berkaki ayam. Who care janji kaki aku tak sakit.


Pengajaran yang kita dapat melalui entry kali ini. Pastikan anda gigit kasut anda dulu sebelum kasut anda menggigit anda seperti yang telah terjadi kepada saya.

P/S : dua hari berturut-turut ni terasa makin surut duit aku. Fine aku memang kena belajar kawal nafsu aku daripada shopping. -___- "

Saturday, June 4, 2011

3 Hari 2 Malam punya Cerita

As salam, setelah 3 hari tak jenguk-jenguk blog terasa rindu pulak kat blog. Selama 3 hari aku takde sebab aku ada seminar pasal kerjaya dan keterampilan diri hape ntah dekat German-Malaysia Institute atau lebih dikenali sebagai GMI. Seminar ni telah melibatkan seramai 300 orang dimana peserta-peserta nya dari GIM sendiri, kolej aku, MSU, dengan PTPL. Pandangan pertama aku pasal GMI ni adalah, perghhh besar gila tempat ni. Dewan dia pun lagi besar kolej aku. Tu pandangan pertama aku lah. Tapi serius aku cakap diorang untung kot sebab belajar dekat sebuat institusi yang besar gila. Dah lah diorang punya hostel syokk gila. Sampai taknak balik weyh.

Tujuan aku tulis entry ni sebab nak share pengalaman aku selama 3 hari 2 malam menginap di institusi yang mewah tersebut. Kalau korang masih mampu lagi nak membaca tulisan aku ni, sila lah teruskan membaca, bagi yang dah bosan tu paham-paham sendiri la yek, kat bahagian hujung sebelah atas belah kanan ada tanda X sila tekan di situ. Dah-dah jom baca perenggan yang seterusnya.

Terasa malas pulak aku nak cerita kesemua program dari hari pertama sampai hari ketiga. Apa yang boleh aku cakap kat sini, program tu terbaikk. Cuma masa sesi temuduga je tak berapa nak terbaikk sangat, sebab company yang terlibat kebanyakkan tawarkan kerja yang mengenai kursus yang ada dekat GMI tu. Paling kesian budak design kot, sebab memang takde satu company pun yang ada kena mengena dengan diorang.

Ok.. ok.. dah aku dah penat nak membebel, korang layan jek la gambar-gambar kat bawah ni okay :)





















The Saitorians

Ini sahaja gambar yang dapat diupload. Nak diikutkan ada beratus lagi gambar, tapi sikit-sikit sudah la kan.

p/s : Lepas balik je dari seminar dekat GMI ni, terus bertambah friendlist aku dari GMI. Thanks for add yek hehehe :)

Tuesday, May 31, 2011

Super Senior Yaww




"Eh korang ni junior kami ke? Eleehhh kiteorang dah sem 3 okayyyy"


First sekali, aku nak tanya korang dah jadik senior ke belum? HAHAHAHA. Kalau dah, apa korang rasa kalau junior korang baru masuk sem 3 lepas tu masuk kelas SUPER SENIOR dan cakap korang junior dia dan diaorang tu senior korang?? What the..... (aku tak sanggup nak teruskan). Actually ceritanya macam ni, semalam masa kelas business ethics dengan Miss Akasha, masa tu aku dengan kakjue, pizza, farah & faizal belum sampai lagi so aku dengar dari budak-budak kelas aku yang lain lah. Macam ni ceritanya adalah 3 orang budak junior ni masuk kelas kami-kami yang SUPER SENIOR then belagak gila, lepas tu boleh cakap dengan lagaknya ayat dekat atas tu. Mana tak terbakar diorang mendengarnya, nasib baik diorang pandai lawan balik. Yang Kak Ika terus cakap "ehh kiteorg ni last sem okaayyyyy". Padan muka kau, tak pasal-pasal termalu sendiri. Aku dulu pernah jugak jadik junior tapi aku tak pernah pulak nak berlagak senior walaupun aku dah sem 3. Aku boleh terima junior aku yang bawah-bawah. Tapi aku tak boleh terima junior aku yang lagi bawah tu. Diorang langsung tak hormat senior siakk. Kepada adik-adik junior yang baru masuk last week, tak payah lah korang nak belagak sangat, korang tu baru seminggu kat kolej tu, aku ni dah 2 tahun lebih kat situ. So siapa yang lebih makan garam dulu??


p/s : Logo bawah ni khas untuk kau wahai SENIOR SEMESTER 3






Monday, May 30, 2011

Awal pagi & Kerinduan :)

Hey morning! Awal betul aku bangun hari ni, padahal aku gerak pergi kelas pukul 8.00 pagi. Ni semua gara-gara kak ju tak bagitau awal-awal yang hari ni naik kereta. Yela ikut perjanjian hari isnin kiteorang kena naik bas. Takpe la kita lupakan seketika pasal tu, tak penting pun sebab lagi bagus kot, sekurang-kurangnya aku takde la nak berhimpit-himpit berebut tempat dengan junior-junior aku yang belagak macam diorang dah lama dekat kolej tu. Jam pun baru pukul 7.00 pagi sempat la jugak aku research pasal definition of business ethics yang Miss Akasha suruh carik last week. Si Farah awal-awal da sambung tidur, Kakjue pun nampaknya lepas subuh dia terus bergolek atas katil, yang si Piza tak tau pulak dia sambung tidur ke tak sebab dia terus siap-siap pakai baju, agaknya dia pun sambung tidur kot. Cuma aku jek yang tak boleh tidur, ni semua sebab banyak sangat benda yang aku pikir. Masa tengah dok menresearch aku pun bukak la folder picture, lepas tu aku bukak lagi satu folder yang letak gambar-gambar aku masa praktikal. Sumpah rindu weyhh waktu itu. Hari ni kalau tak silap aku junior-junior aku dah mula praktikal, siapa lah yang bertuah dapat gantikan tempat aku tu yek. Aku punyalah rindu dekat mereka-mereka semua sampai terbawa-bawa dalam mimpi aku. Bawah ni antara pic-pic yang ada dalam folder aku. Nak masukkan semua terasa banyak sangat pulak. So aku pilih la yang mana patut.


Diorang ni yang paling aku rindu, lebih-lebih lagi kak azah,
banyak kot kenangan aku dengan dia.
(kak liza, kak azah, kak juenai)

Bersama trainer yang hensem-hensem.
Paling hensem En Anizar hahaha.
Aku dah nak habis praktikal baru la berani nak tegur aku,
kalau tak haramm..
Nak suruh aku buat borang pengesahan pun segan-segan
(En.Anizar, En.Md Noor, Kak Liza, Saya, En Zainuddin)

Masa ni ada hari passing out, aku pun tak tau benda tu,
tapi smart woo aku tengok bodyguard2 semua beraksi.

Woot..woot mereka trainer-trainer yang terlebih baik kot,
lebih-lebih lagi En Saleman, naik gila aku layan cerita-cerita lawak dia.
Si Anuar tu pun sama, dia senior aku, tapi sebelum ni aku tak pernah pulak jumpa dia.
En Eis pulak?? ermm dia lagi gila-gila kot, 1 negeri hehehe.
(En.Saleman, En.Anuar, En.Anizar, En.Eiskandar)

Ada banyak lagi sebenarnya gambar-gambar, tapi cukup lah aku share yang ni. Tak sanggup dah nak bercerita banyak pasal mereka-mereka, terlalu banyak kenangan dengan diorang semua. Yela sampai menangis kot aku kat dalam bilik trainer masa hari terakhir aku kat Academy. Ohh lupa pulak nak tulis satu lagi, kalau siapa-siapa yang takde gambarnya disini, jangan kecik hati yek, saya still ingat pakcik-pakcik trainer semua. Setiap dari anda mempunyai kenangan manisnya yang tersendiri bersama saya :) (macam lah pakcik-pakcik tengok blog saya kan)

p/s : To my junior, good luck yek untuk praktikal korang, & siapa yang dapat dekat department academy tu dah kira beruntung la, sebab korang tak kan terasa terpinggir macam department lain, & kerja korang pun tak banyak. So good luck & jangan malas-malas buat kerja ok :)

Saturday, May 28, 2011

dia cakap






Jangan menanti pada yang tak pasti,
jangan dirayu pada yang tak sudi





p/s : siapakah dia??

Monday, May 23, 2011

Lepaking with Farah Hani :)


Yuhuuu aku lagi..
hehehe ada aku kesah ke kalau kau tak suka tengok post aku??
Janji aku tak kacau kau berak

Hari ni hari pertama dan semester ketujuh bagi aku. Kebetulan aku dengan budak-budak kelas aku kena hantar report LI hari ni jugak. Perghh punya la masing-masing serabut nak setelkan apa yang patut.. jum layan gambar-gambar ni.

tengok tu muka masing-masing tension je. Sorry yek aku amek gambar korang tanpa kebenaran hehehe..

Lepas dah hantar je report LI kami tu, masing-masin rasa gembira tak terkata
yeahh!! aku suka sebab takpayah pening-pening pikir pasal report lagi. Aku, Farah, Piza dengan Kak Fizah antara-antara group terawal hantar report tu, lepas dah hantar masing-masing sibuk nak balik. Aku dengan farah tak boleh balik lagi sebab tengah tunggu Kak Jue yang tengah touch up sikit-sikit report dia tu.

Then kebetulan aku dah terasa lapar sebab waktu lunch pun dah nak tamat so memang patut pun perut aku berkeroncong lagu zapin. So aku pun ajak la si Farah ni teman aku lunch.Disebabkan dua tiga hari lepas aku terasa nak makan cabonara chicken so aku ajak la si farah ni makan dekat cafe kat sebelah kolej aku. Jum join aku bercerita sambil tengok gambar.

Yeah..yeah that's me
bersama sepinggan cabonara marina seafood & segelas air honeydew
(takjadik nak amek cabonara chicken)


woot..woot first time weyh aku berjaya habiskannya,
sebab selama ni asal aku makan benda ni jek mesti tak habis.
Ni mesti berkat makan dengan farah ni HAHAHA


kau taknak aku amek gambar kau kan..
hambekkk gambar curi yang aku letak kat sini.


see.. licin weyh..
first time aku tengok farah berjaya habiskan makanan yang banyak tu kat dalam pinggan dia. konfirm kau tengah lapar kan farah..

ketamakkan aku, sampai 2 gelas air aku habiskan
(yg lagi 1 tu farah punya lah)

Lepas dah makan tu, agak lama lah aku lepak dekat situ sebab kami tunggu kakjue kan. Bila aku tengok pekerja dia asek tengok jek aku ni mesti nak suruh aku bayar, lepas tu aku mintak la bil. Lepas dah setel semua bayaran kami pun teruskan aktiviti lepaking kami tu. Tau tak apa pelayan tu buat lepas aku bayar bil? Ada ke patut dia terus tutup kipas, shitt! dia tak nampak ke aku tengah duduk-duduk tenangkan fikiran yang serabut dari tadi? Arghh aku pedulikk apa, suka-suka jek kau nak halau aku yek. Aku dengan farah buat bodoh je sampailah pelayan dia mintak izin nak angkat pingan kotor kat atas meja kami. Dalam hati aku cakap memang konfirm dia suruh aku dengan farah blahh ni. Aku pun dah malas nak layan, aku terus ajak farah lepak kat kolej jek. Lepas aku dah bangun tu bukannya nak cakap TERIMA KASIH dan DATANG LAGI. Hampehh..

Eh jap..jap ada benda sikit lagi aku na share ni, tadi ada intake baru masuk kolej aku. Guess what? Junior aku dari kos yang sama tu ada lebih kurang hampir 300 orang weyh. Perghh memang takde maknanya title senior tu pada kami-kami ni sebab diorang ingat diorang tu lagi senior dari aku. What the fish la weyhh..