CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 31, 2011

Super Senior Yaww




"Eh korang ni junior kami ke? Eleehhh kiteorang dah sem 3 okayyyy"


First sekali, aku nak tanya korang dah jadik senior ke belum? HAHAHAHA. Kalau dah, apa korang rasa kalau junior korang baru masuk sem 3 lepas tu masuk kelas SUPER SENIOR dan cakap korang junior dia dan diaorang tu senior korang?? What the..... (aku tak sanggup nak teruskan). Actually ceritanya macam ni, semalam masa kelas business ethics dengan Miss Akasha, masa tu aku dengan kakjue, pizza, farah & faizal belum sampai lagi so aku dengar dari budak-budak kelas aku yang lain lah. Macam ni ceritanya adalah 3 orang budak junior ni masuk kelas kami-kami yang SUPER SENIOR then belagak gila, lepas tu boleh cakap dengan lagaknya ayat dekat atas tu. Mana tak terbakar diorang mendengarnya, nasib baik diorang pandai lawan balik. Yang Kak Ika terus cakap "ehh kiteorg ni last sem okaayyyyy". Padan muka kau, tak pasal-pasal termalu sendiri. Aku dulu pernah jugak jadik junior tapi aku tak pernah pulak nak berlagak senior walaupun aku dah sem 3. Aku boleh terima junior aku yang bawah-bawah. Tapi aku tak boleh terima junior aku yang lagi bawah tu. Diorang langsung tak hormat senior siakk. Kepada adik-adik junior yang baru masuk last week, tak payah lah korang nak belagak sangat, korang tu baru seminggu kat kolej tu, aku ni dah 2 tahun lebih kat situ. So siapa yang lebih makan garam dulu??


p/s : Logo bawah ni khas untuk kau wahai SENIOR SEMESTER 3






Monday, May 30, 2011

Awal pagi & Kerinduan :)

Hey morning! Awal betul aku bangun hari ni, padahal aku gerak pergi kelas pukul 8.00 pagi. Ni semua gara-gara kak ju tak bagitau awal-awal yang hari ni naik kereta. Yela ikut perjanjian hari isnin kiteorang kena naik bas. Takpe la kita lupakan seketika pasal tu, tak penting pun sebab lagi bagus kot, sekurang-kurangnya aku takde la nak berhimpit-himpit berebut tempat dengan junior-junior aku yang belagak macam diorang dah lama dekat kolej tu. Jam pun baru pukul 7.00 pagi sempat la jugak aku research pasal definition of business ethics yang Miss Akasha suruh carik last week. Si Farah awal-awal da sambung tidur, Kakjue pun nampaknya lepas subuh dia terus bergolek atas katil, yang si Piza tak tau pulak dia sambung tidur ke tak sebab dia terus siap-siap pakai baju, agaknya dia pun sambung tidur kot. Cuma aku jek yang tak boleh tidur, ni semua sebab banyak sangat benda yang aku pikir. Masa tengah dok menresearch aku pun bukak la folder picture, lepas tu aku bukak lagi satu folder yang letak gambar-gambar aku masa praktikal. Sumpah rindu weyhh waktu itu. Hari ni kalau tak silap aku junior-junior aku dah mula praktikal, siapa lah yang bertuah dapat gantikan tempat aku tu yek. Aku punyalah rindu dekat mereka-mereka semua sampai terbawa-bawa dalam mimpi aku. Bawah ni antara pic-pic yang ada dalam folder aku. Nak masukkan semua terasa banyak sangat pulak. So aku pilih la yang mana patut.


Diorang ni yang paling aku rindu, lebih-lebih lagi kak azah,
banyak kot kenangan aku dengan dia.
(kak liza, kak azah, kak juenai)

Bersama trainer yang hensem-hensem.
Paling hensem En Anizar hahaha.
Aku dah nak habis praktikal baru la berani nak tegur aku,
kalau tak haramm..
Nak suruh aku buat borang pengesahan pun segan-segan
(En.Anizar, En.Md Noor, Kak Liza, Saya, En Zainuddin)

Masa ni ada hari passing out, aku pun tak tau benda tu,
tapi smart woo aku tengok bodyguard2 semua beraksi.

Woot..woot mereka trainer-trainer yang terlebih baik kot,
lebih-lebih lagi En Saleman, naik gila aku layan cerita-cerita lawak dia.
Si Anuar tu pun sama, dia senior aku, tapi sebelum ni aku tak pernah pulak jumpa dia.
En Eis pulak?? ermm dia lagi gila-gila kot, 1 negeri hehehe.
(En.Saleman, En.Anuar, En.Anizar, En.Eiskandar)

Ada banyak lagi sebenarnya gambar-gambar, tapi cukup lah aku share yang ni. Tak sanggup dah nak bercerita banyak pasal mereka-mereka, terlalu banyak kenangan dengan diorang semua. Yela sampai menangis kot aku kat dalam bilik trainer masa hari terakhir aku kat Academy. Ohh lupa pulak nak tulis satu lagi, kalau siapa-siapa yang takde gambarnya disini, jangan kecik hati yek, saya still ingat pakcik-pakcik trainer semua. Setiap dari anda mempunyai kenangan manisnya yang tersendiri bersama saya :) (macam lah pakcik-pakcik tengok blog saya kan)

p/s : To my junior, good luck yek untuk praktikal korang, & siapa yang dapat dekat department academy tu dah kira beruntung la, sebab korang tak kan terasa terpinggir macam department lain, & kerja korang pun tak banyak. So good luck & jangan malas-malas buat kerja ok :)

Saturday, May 28, 2011

dia cakap






Jangan menanti pada yang tak pasti,
jangan dirayu pada yang tak sudi





p/s : siapakah dia??

Monday, May 23, 2011

Lepaking with Farah Hani :)


Yuhuuu aku lagi..
hehehe ada aku kesah ke kalau kau tak suka tengok post aku??
Janji aku tak kacau kau berak

Hari ni hari pertama dan semester ketujuh bagi aku. Kebetulan aku dengan budak-budak kelas aku kena hantar report LI hari ni jugak. Perghh punya la masing-masing serabut nak setelkan apa yang patut.. jum layan gambar-gambar ni.

tengok tu muka masing-masing tension je. Sorry yek aku amek gambar korang tanpa kebenaran hehehe..

Lepas dah hantar je report LI kami tu, masing-masin rasa gembira tak terkata
yeahh!! aku suka sebab takpayah pening-pening pikir pasal report lagi. Aku, Farah, Piza dengan Kak Fizah antara-antara group terawal hantar report tu, lepas dah hantar masing-masing sibuk nak balik. Aku dengan farah tak boleh balik lagi sebab tengah tunggu Kak Jue yang tengah touch up sikit-sikit report dia tu.

Then kebetulan aku dah terasa lapar sebab waktu lunch pun dah nak tamat so memang patut pun perut aku berkeroncong lagu zapin. So aku pun ajak la si Farah ni teman aku lunch.Disebabkan dua tiga hari lepas aku terasa nak makan cabonara chicken so aku ajak la si farah ni makan dekat cafe kat sebelah kolej aku. Jum join aku bercerita sambil tengok gambar.

Yeah..yeah that's me
bersama sepinggan cabonara marina seafood & segelas air honeydew
(takjadik nak amek cabonara chicken)


woot..woot first time weyh aku berjaya habiskannya,
sebab selama ni asal aku makan benda ni jek mesti tak habis.
Ni mesti berkat makan dengan farah ni HAHAHA


kau taknak aku amek gambar kau kan..
hambekkk gambar curi yang aku letak kat sini.


see.. licin weyh..
first time aku tengok farah berjaya habiskan makanan yang banyak tu kat dalam pinggan dia. konfirm kau tengah lapar kan farah..

ketamakkan aku, sampai 2 gelas air aku habiskan
(yg lagi 1 tu farah punya lah)

Lepas dah makan tu, agak lama lah aku lepak dekat situ sebab kami tunggu kakjue kan. Bila aku tengok pekerja dia asek tengok jek aku ni mesti nak suruh aku bayar, lepas tu aku mintak la bil. Lepas dah setel semua bayaran kami pun teruskan aktiviti lepaking kami tu. Tau tak apa pelayan tu buat lepas aku bayar bil? Ada ke patut dia terus tutup kipas, shitt! dia tak nampak ke aku tengah duduk-duduk tenangkan fikiran yang serabut dari tadi? Arghh aku pedulikk apa, suka-suka jek kau nak halau aku yek. Aku dengan farah buat bodoh je sampailah pelayan dia mintak izin nak angkat pingan kotor kat atas meja kami. Dalam hati aku cakap memang konfirm dia suruh aku dengan farah blahh ni. Aku pun dah malas nak layan, aku terus ajak farah lepak kat kolej jek. Lepas aku dah bangun tu bukannya nak cakap TERIMA KASIH dan DATANG LAGI. Hampehh..

Eh jap..jap ada benda sikit lagi aku na share ni, tadi ada intake baru masuk kolej aku. Guess what? Junior aku dari kos yang sama tu ada lebih kurang hampir 300 orang weyh. Perghh memang takde maknanya title senior tu pada kami-kami ni sebab diorang ingat diorang tu lagi senior dari aku. What the fish la weyhh..


Friday, May 20, 2011

creepy stalker





I Stalk Your Profile When I Miss U



..U..

..U..

..U..

Yeah U



p/s : ada aku kesah kalau kau tak kesah??

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru


TERIMA KASIH CIKGU


"Sekali kau menjadi guru, Selamanya kau seorang guru"

p/s : Siapa yang masih ingat lagi nama cikgu masa diorang darjah 1 memang hebat. Itu maknanya korang bukan mudah lupakan jasa seseorang yang bergelar cikgu. Adios~~

Sunday, May 15, 2011

Ohooii Report


Report oi, bila kau nak siap ni? kepala aku semakin semak tengok kertas berlambak-lambak kat atas katil aku ni. Siapnya tak jugak. Aku cuma ada beberapa hari je nak siapkan report. Agak-agak sempat ke nak hantar isnin depan ni? Ohoii makin stress aku tengok report. Asal tengok report jek, aku mesti kena tengok FB. Asal tengok FB jek mesti aku lupa yang aku tengah buat report. So siapa yang patut dipersalahkan sekarang ni??



kiri report, kanan pun report, yang tengah jek FB
bila nak siap camni??




see bertapa serabutnya katil aku dengan laptop dan kertas-kertas tu sume.




p/s : ohoii.. nyesal mak :)


Saturday, May 14, 2011

Kalau KAU KURUS Mesti KAU CANTIK..


"Kalau kau kurus, mesti kau cantik sha"

Pfftt..
Aku mulai bosan dengan setiap kata-kata ini untuk aku. Kalau aku kurus baru aku cantik lah, so sekarang ni aku tak cantik lah? yeahh aku mengaku aku tak cantik tak comel, tak cute, so what?? Janji aku bahagia dengan kehidupan aku cukuplah. Memang lumrah kehidupan yang cantik disanjung tinggi dan yang tak cantik dihina & dikeji. Aku pun tak tau mana silapnya jadik orang berbadan besar macam aku ni. Fine pandangan orang lain-lain. Ada yang kata orang berbadan kurus tu cantik & badan besar tu buruk, dan ada jugak yang kata orang yang berbadan besar ni cantik, comel & orang yang kurus ni tak cantik, nampak tulang jek. Ikut suka korang la, itu pandangan korang. Bagi aku ini lah diri aku. Aku tak kesah korang nak cakap apa. Janji aku bahagia. Aku ulang sekali lagi, janji aku bahagia. Kadang-kadang bila duduk saja-saja dengan kawan-kawan aku & dengar korang kutuk-kutuk orang gemuk ni aku terasa gak. Mungkin kalau aku bukan kawan korang, korang pun akan kutuk aku kan? Biasalah tu manusia. Dan dan dan kalau korang nampak orang berbadan besar bercinta dengan orang yang hensem sikit mesti korang rasa tak puas hati kan?? apa pasal?? Orang hensem kena dengan orang yang cantik & berbadan ramping ke?? Yeah ini lah mentality orang-orang dekat malaysia.

p/s : aku taknak kurus sebab aku memang tau aku cantik,(terperasan jap) ayah aku mix indonesia-belanda okay!!