CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 16, 2011

Bahasa budak zaman sekarang

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Bertemu lagi di hari ahad yang tenang ini. Hari ni entah macam mana terajin pulak nak update blog. Ini semua lepas baca status dekat facebook dengan ayat yang susah nak difahami. Bukankah mudah kalau guna saja bahasa yang mudah untuk difahami? Kadang-kadang aku tertanya-tanya macam mana dengan ayat yang mereka gunakan bila mereka buat karangan bahasa melayu. Adakah masih terbawa-bawa pelatnya sampai ke karangan bahasa melayu mereka? Meh-meh aku bagi korang semua contoh-contoh ayat menggedik dorang ni 

- qwqk tgh uqt pew tue
- itew windu yeye
- dq mqmqn kew blom 
- apew seyh ckp cmtuw

Yang dekat atas ni salah satu contohnya lah. Yang aku tak berapa nak paham kan, kenapa lah dorg ni gatal-gatal tangan nak tukar huruf A kepada huruf Q ? Contoh macam ayat nombor 1 tu. What the tutt. Kadang-kadang aku malu tangok penulisan dorang ni. Kenapa mesti nak ubah penulisan yang normal kepada penulisan yang ala-ala gedik santai tu. Akhir kata dari aku, kalau bukan kita yang akan kekalkan penulisan bahasa melayu kita yang indah ni. Siapa lagi? Jadik berhentilah dengan hupdate status, komen status, IM, chat, mesej dengan penulisan gedik-gedik santai ni. Akak meluat nokk. kBye.. 

Friday, October 14, 2011

Hello Blogger :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
 Ehhh macam kenal je trademark tu. Ye ye i'm back uollss. Oh ada yang kesah ke tentang kehilangan dan kepulangan saya ni? Ahh aku pedulik apa, aku nak taip jugak. Akhirnya aku kembaliiiiiiii yeahhhh. Kan aku dah cakap aku berehat untuk seketika bukan selamanya. Maaf la yek buat anda-anda semua tertunggu-tunggu kehadiran aku. Erkss ada ke? Ahh lantak la. Untuk hari ini takda apa yang nak disharekan. Aku cuma tergerak nak taip bila aku tersedar yang aku kembali berkawan baik dengan Insomnia. Yeahhh seronoknyaaaa 
-________- 
 Sumpah tak seronok. Bila kembali bercinta dengan insomnia mula lah bangun lewat, bila bangun lewat mula la ayah dengan mak aku marah, bila dah kena marah, mula la mereka suruh aku cari keja dengan secepat mungkin. Haiyooooo.. mana mau carik itu keleja? Anyone ada yang baik hati nak bagi aku keja tak? Jika ada sila e-mail saya k. Oh itu joke saja. Kbye. 

p/s : takde pesanan apa-apa :)