CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 26, 2011

TERIMA KASIH :)

ALLAH selamatkan kamu, ALLAH selamatkan kamu, ALLAH selamatkan NurAishah Zainal, ALLAH selamatkan kamu. :)

Alhamdullilah, tuhan masih memberikan aku peluang untuk bernafas diatas bumi ini. Hari ini 26 Ogos bersamaan 26 Ramadhan aku sudah berusia 20 tahun. Terima kasih tuhan, terima kasih untuk peluang yang telah kau berikan kepada hambamu ini. 


"Since today is the day you were born, it is truly precious day.
Thank you for being born"
 :')



p/s : may ALLAH bless me :)

Sunday, August 14, 2011

Bila salah pilih bidang..

Assalam, dan salam 1 Malaysia bertemu lagi dipetang yang bahagia dan sejuk ni. Ehem ehem tajuk atas tu macam poyo kan. Yeahh tersangat poyo. Korang pernah terfikir tak apa yang akan jadi pada korang kalau korang tersalah ambil bidang pengajian korang?? Inilah yang dah terjadi pada diri aku. Aku tau aku memang tak patut ambil bidang ni, tapi aku terpaksa jugak ambil atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Oklah terus terang aku cakap aku mulanya pelajar dari jurusan grafik design tapi aku terpaksa keluar bidang tu sebab tak dapat sokongan moral dari lecturer aku. Damn! lecturer aku semuanya pandang serong pada pelajar melayu. Dahlah pelajar melayu dalam kelas tu cuma ada 6 orang je, dan semuanya perempuan. Kira dalam kelas aku tu majority pelajarnya cina. Erm kalau dah namanya cina tu korang paham-paham la kan. Ok lah aku bukan la seorang yang memilih kaum untuk berkawan, aku memang dah biasa berkawan dengan bangsa lain masa aku sekolah dulu, tapi bila aku masuk zaman kolej aku tak jumpa bangsa lain yang boleh terima bangsa melayu dalam kelompok pergaulan diorang. Aku tak cakap semua, aku cakap sebahagian daripada mereka. Aku ni jenis yang peramah, bila aku tengok class mate aku yang gila belagak dan jenis yang tak boleh kongsi idea, aku rasa aku memang tak boleh bertahan dalam bidang tu bersama-sama mereka. Dan akhirnya aku terpaksa jugak buat keputusan yang amat memeritkan aku, keputusan tu adalah aku terpaksa tinggalkan bidang yang aku minat dan ambil bidang yang bagi aku bosan gila. Aku ambil bidang Security Management. Yeah korang jangan ingat aku akan jadik mak guard yek, even aku sendiri tak tau nak rungkaikan apa itu security management dan apa bidang kerja aku. Buntu kot sebab aku dah semester akhir yang akan tamat pengajian pertengahan bulan 9 ni. Sebab tu setiap pandangan aku tidak akan digunapakai sebab kurangnya keyakinan diorang dengan kebolehan aku. Aku tak salahkan diorang sebab ni semua berpunca dari sikap aku yang memang tak akan bagi tumpuan pada subjek yang lecturer aku mengajar kat depan. Kalau paper kantoi tu jangan cakap la, setiap kali exam mesti ada 1 paper kantoi see teruknya aku. Sekarang ni aku masih tertanya-tanya adakah aku mampu teruskan bidang kerja aku dengan berbekalkan ilmu yang masih tak cukup ni? Adakah aku dah hampakan ayah dengan mak bila aku tak mampu nak teruskan apa yang aku mulakan ni.



p/s : .........................................................................

Friday, August 12, 2011

Kehilangan

SubhanALLAH aku rindu kau zaty, masa-masa macam ni lah aku perlukan kau sebagai pemberi semangat aku. Aku terlalu rindukan setiap pelukan kau bila aku ada masalah zaty, kenapa terlalu awal kau tinggalkan aku zaty? Cuma kau je yang memahami aku, kau akan jadi orang pertama yang akan sandarkan bahu kau bila aku perlukan seseorang untuk dengar semua masalah aku. Tapi sekarang ni, aku takde tempat nak buat semua tu zaty. Ty, semoga kau tenang disana Al-Fatihah~~


IZZATI TADZA :'(

ya Allah kau kuatkan lah hatiku untuk menerima dugaan yang semakin hari semakin menguji kesabaran aku, semoga aku sabar dengan semua dugaan ini :(


p/s : semoga aku hadapinya dengan senyuman :)


Sunday, August 7, 2011

PERHATIAN :

Blog bersarang disebabkan sedikit sibuk dengan assignment dan preparation for final semester exam :)



PREPARING FOR

akan kembali aktif setelah berjaya menghantar kesemua assignment :)

p/s : lepas habis study ni dapat keja kat 7E pun jadik la, asalkan dapat keja sementara nak dapat diploma :)