CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 30, 2011

Awal pagi & Kerinduan :)

Hey morning! Awal betul aku bangun hari ni, padahal aku gerak pergi kelas pukul 8.00 pagi. Ni semua gara-gara kak ju tak bagitau awal-awal yang hari ni naik kereta. Yela ikut perjanjian hari isnin kiteorang kena naik bas. Takpe la kita lupakan seketika pasal tu, tak penting pun sebab lagi bagus kot, sekurang-kurangnya aku takde la nak berhimpit-himpit berebut tempat dengan junior-junior aku yang belagak macam diorang dah lama dekat kolej tu. Jam pun baru pukul 7.00 pagi sempat la jugak aku research pasal definition of business ethics yang Miss Akasha suruh carik last week. Si Farah awal-awal da sambung tidur, Kakjue pun nampaknya lepas subuh dia terus bergolek atas katil, yang si Piza tak tau pulak dia sambung tidur ke tak sebab dia terus siap-siap pakai baju, agaknya dia pun sambung tidur kot. Cuma aku jek yang tak boleh tidur, ni semua sebab banyak sangat benda yang aku pikir. Masa tengah dok menresearch aku pun bukak la folder picture, lepas tu aku bukak lagi satu folder yang letak gambar-gambar aku masa praktikal. Sumpah rindu weyhh waktu itu. Hari ni kalau tak silap aku junior-junior aku dah mula praktikal, siapa lah yang bertuah dapat gantikan tempat aku tu yek. Aku punyalah rindu dekat mereka-mereka semua sampai terbawa-bawa dalam mimpi aku. Bawah ni antara pic-pic yang ada dalam folder aku. Nak masukkan semua terasa banyak sangat pulak. So aku pilih la yang mana patut.


Diorang ni yang paling aku rindu, lebih-lebih lagi kak azah,
banyak kot kenangan aku dengan dia.
(kak liza, kak azah, kak juenai)

Bersama trainer yang hensem-hensem.
Paling hensem En Anizar hahaha.
Aku dah nak habis praktikal baru la berani nak tegur aku,
kalau tak haramm..
Nak suruh aku buat borang pengesahan pun segan-segan
(En.Anizar, En.Md Noor, Kak Liza, Saya, En Zainuddin)

Masa ni ada hari passing out, aku pun tak tau benda tu,
tapi smart woo aku tengok bodyguard2 semua beraksi.

Woot..woot mereka trainer-trainer yang terlebih baik kot,
lebih-lebih lagi En Saleman, naik gila aku layan cerita-cerita lawak dia.
Si Anuar tu pun sama, dia senior aku, tapi sebelum ni aku tak pernah pulak jumpa dia.
En Eis pulak?? ermm dia lagi gila-gila kot, 1 negeri hehehe.
(En.Saleman, En.Anuar, En.Anizar, En.Eiskandar)

Ada banyak lagi sebenarnya gambar-gambar, tapi cukup lah aku share yang ni. Tak sanggup dah nak bercerita banyak pasal mereka-mereka, terlalu banyak kenangan dengan diorang semua. Yela sampai menangis kot aku kat dalam bilik trainer masa hari terakhir aku kat Academy. Ohh lupa pulak nak tulis satu lagi, kalau siapa-siapa yang takde gambarnya disini, jangan kecik hati yek, saya still ingat pakcik-pakcik trainer semua. Setiap dari anda mempunyai kenangan manisnya yang tersendiri bersama saya :) (macam lah pakcik-pakcik tengok blog saya kan)

p/s : To my junior, good luck yek untuk praktikal korang, & siapa yang dapat dekat department academy tu dah kira beruntung la, sebab korang tak kan terasa terpinggir macam department lain, & kerja korang pun tak banyak. So good luck & jangan malas-malas buat kerja ok :)

2 comments:

beluncas ^.^ said...

kao kena saound abg2 senior kao neh . suh mereka bikin blog . wah , class gitu ..

Nur Aishah said...

hebat tu kalau pakcik2 trainer ni sume ada blog.. tak terkata aku..